Memaparkan catatan dengan label AKU STUDENT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKU STUDENT. Papar semua catatan

Menanti Sebuah Jawapan

apa yang dapat ku kata. resah, gelisah.. menanti sebuah jawapan....
Tepat jam 11 pagi esok, 19 Jun 2009... sebuah jawapan yang bakal menentukan masa depanku, dan insan-insan tersayang disekelilingku...

UPU.
aku menanti jawapan darimu.
aku terima takdir tuhan untukku.

OOOOHHHHHHH!!!!! NEEEERRRRVVVVOOOOUUUUSSSSS!!!!!!

USM.. Kontroversi gila...

tak sangka betul... di sebalik aku bingung nak memilih samada nak menerima atau menolak tawaran USM, rupanya ribuan pemohon USM tertipu dek kesilapan teknikal USM. punyalah...
aku tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat mereka...
aku terjumpa forum yang penuh caci maki dorang pada USM. memang sadis lah.. well, sememangnya satu kesilapan yang terlalu menyakitkan, apatah lagi ni kali pertama USM dapat peluang pilih student sendiri..
dan tiba-tiba aku rasa macam aku ni tak bersyukur pula... sebab menolak tawaran USM...
tapi, serius, aku tak tahu masalah ni melanda, sampailah aku baca suratkhabar tadi. mama terkejut gila dan tanya samada tawaran yang aku dapat sah / tidak. aku jawablah sah, sebab aku mmg dapat msg dari USM. and aku cek pada tawaran tu pada 30hb, dah sahkan pada 31hb.
apapun, aku pun dah penat nak bercakap ttg USM ni lagi.
doakan je aku dapat tawaran yang lebih baik through UPU. insya-allah.

tawaran USM...

29 mei lalu, aku dapat mesej dari USM, menandakan aku telah menerima tawaran belajar di USM. aku terkedu jugak... kena jawab sama ada aku terima atau menolak bfor jam 5 ptg 31 mei. punyalah cepat kena buat keputusan! malam tu, aku terus bukak laman web USM, tapi, malangnya, tak ada apa-apa informasi yang aku boleh dapat.... makinlah bingung aku nak decide. anyway, aku, seperti beribu-ribu pemohon lain, turut bingung, tertanya-tanya sama ada peluang untuk mendapat tawaran belajar dari UPU sekiranya aku menerima tawaran USM ni.
setelah mendapat nasihat dari insan2 sekeliling, aku pun menghubungi Pn Yamisah. dia ni, kakitangan bahagian pengambilan pelajar USM. Aku dapat kad dia masa pergi pameran pendidikan dulu. syukurlah, Puan Yamisah explain elok-elok dengan aku. kata dia, kalau aku menolak tawaran USM bagi kursus ni, aku masih ada peluang dapat tawaran kursus lain di bawah UPU, termasuklah program ijazah pendidikan di USM. lagipun, calon program pendidikan semua universiti (termasuk USM) tertakluk dibawah UPU... maknanya juga, nama aku masih akan dinilai oleh UPU sekiranya aku menolak USM. takdenya istilah black-list nama kalau tolak USM... semua tu khabar angin katanya....
Sebaliknya, kalau aku terima tawaran USM, automatik nama aku takde dalam UPU. so, memang takkan ada dua tawaran lah... jadi, dia mmg mengalu-alukan kalau aku terima je tawaran USM ni. yelah, dah terjamin ada tempat... pulak tu, dapat prepare awal2... terus terang, memang aku keliru. yelah, takut yang dalam tangan terlepas, yang dikejar tak dapat..
at last, aku decide untuk tolak tawaran tu.
memang tindakan yang sangat berisiko. jadi, lepas ni, aku terima je lah keputusan UPU sama ada aku dapat tak first choice aku, pendidikan di USM. insya-allah. ada rezeki, adalah. aku ikhtiar je lah. aku percaya ada hikmahnya keputusan aku ni...
memang keputusan yang bukan mudah. tapi aku bersedia terima takdir tuhan.

PENAT.

cerita minggu ini... YANG MEMENATKAN...

UJIAN.

2 hari lalu, aku dah amek ujian Medsi n Munsyi tue.. huhu...
Medsi tu sebijik serupa sama dengan ujian yg kami pernah jawab kat sekolah dulu.. mungkin masa tu kami kena jadi bahan uji kaji... hmm, rmai jugak yg apply perguruan dari kelas aku... kat likas kelmarin, aku jumpa Ashilla, bird n Fong...

ujian ujian munsyi, ada sharon n mac.. haha, seperti dijangka, aku sorang je budak sastera.. n, calon yang memohon usm di sabah ni hanya 113 orang... haha... sudah kujangka... punya lah sikit... dah pasti kalau aku lulus ujian tu, aku sorang2 terkapai-kapai dekat Pulau Mutiara... hah, tapi aku memang selalu terkapai-kapai keseorangan selam nie..

xpelah, aku kan INDIE? (bak kata c ag n sadeeq).. Hidup indiependent, minat budak2 muzik indie, cita-cita pun aku harap aku dpt jadi penulis indiependent yg tak terikat dgn majikan... hehe..

aha... crita psl ujian nie kan... bukan apa juga... relaks je menjawab... tapi yelah, kena jujur dgn diri sendiri lah... aku kalu bahagian minat dan kerjaya memang cepat aku pilih jawapan... bahagian perasaan diri, emosi.. nah haa.... bingunglah sekejap... keyakinan tu takde kot...? masalah emosi betullah... huhu...

Ujian Medsi dan Munsyi 2009

huh, masih bingung tentang ujian Medsi...

Sabtu lalu, aku dapat tahu, aku layak untuk menduduki ujian MEDSI. aku kena amik ujiian tu dekat SMK Teknik Likas.. hmm, mulanya sakit hati juga, kenapa kawan-kawan aku yang lain kena dekat Sek Men Agama KK? aku sorang je ke dekat Likas? rupanya, diberi pusat exam berdasarkan abjad pertama nama calon. patutlah, dah nama aku Anis Audina,.. hmm.. angka giliran pun no 36..

aku layak duduki Medsi untuk 2 permohonan upu aku. Pilihan pertama, di USM, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dgn Sains Sosial. Kedua, Pendidikan Sejarah, UPSI. hmm, aku pun masih bingung lagi sama ada pilihan aku tepat. tapi, aku rasa, aku tiada hak untuk fikir sama ada pilihan aku betul atau salah, aku cuma perlu ambil saja ujian tu, dan kuasa tuhan yang akan tentukan sama ada ku layak atau tidak untuk temuduga guru...

Medsi mula jam 9 sampai 10.. lepas tu, jam 11, ada ujian Munsyi pula, khas untuk pemohon yang minta USM... hmm, yang nie, pastinya tiada kawan aku yang mohon USM. aku sorang je yang berani apply universiti yang agak asing dari menjadi pilihan pelajar-pelajar aliran sastera..
mungkin jugak, aku pilih USM kerana ia satu-satunya universiti kat MaLAYSIA yang ada Pusat Arkeologi di dalam universiti?

Entahlah, yang pasti, aku takkan menyesali lagi pilihan permohonan aku ke universiti. Undang-undang mungkin bukan jiwa aku. Biarlah apa orang nak kata tentang kursus sastera, aku dah fikir semasaknya...

(kalau aku tak layak dlm kursus pendidikan pun, aku tetap apply sejarah.. ) jadi, sama je.. huhu.

Best student stpm?



kelmarin, Maljis Graduan stpm Maktab Sabah 2008. aku masih lagi terasa begitu terkejut dengan apa yang aku perolehi. tak pernah terniat rasa riak di hati, tp apa yang aku dapat, aku benar-benar syukuri...

akhirnya, dapat juga aku menamatkan persekolahan dengan rasa yang sangat gembira... paling mengharukan, saat aku terima anugerah perdana, anugerah pelajar terbaik keseluruhan dengan PNGK 3.75.. Nasib atau rezeki? aku terima dengan rasa senang hati. paling gembira, aku dapat juga pelajar terbaik sejarah.. yeah, subjek kegemaran aku!!! aku sangat suka sejarah, kerana 2 orang guru. Cikgu Lily, dan Cikgu Nurul Huda.... terasa sebak pula teringat saat aku peluk Cikgu Lily! Terima Kasih, Cikgu!

alhamdullilah, aku berpeluang memberi ucapan pada majlis tersebut. selalunya, ketua pengawas yang memberi ucapan, cuma kali ini, aku diberi kesempatan mewakili rakan-rakan penerima graduan. sejujurnya, aku sangat-sangat gementar. setelah 7 tahun aku bersekolah di Maktab Sabah, buat kali pertama aku diberi peluang untuk berucap, di majlis yang ku kira agak besar juga prestijnya di sekolah.

dan, apa yang aku lebih terkejut, respon yang ku terima selepas ucapan...rupanya, aku telah membuat seluruh dewan sebak dan terharu dengan ucapan aku... maaflah, aku bukan mahu mencetuskan suasana emosional seluruh dewan, apatah lagi di saat kami semua sedang diraikan.

tapi, perasaan dalam hati aku, secara naturalnya, terekspresi di wajah dan nada suaraku. tapi, aku benar-benar rasa gembira, kerana ucapanku dihargai dan diterima baik oleh cikgu, mama, papa, dan kawan-kawan... masih ku ingat mata Cikgu Lily yang berkaca, mata mama, mata Aizah dan asri yang duduk dekat denganku... haha, asri pun nangis? hehe... paling lucu, cikgu surilla siap tunjuk muka 'bengang' sbb aku buat dia menangis.. ahhaha...

Kata-kata terakhir dalam ucapanku, yang sebenarnya telah aku coretkan saat aku di tingkatan 5 lagi..

" Mungkin aku bukan tokoh pelajar yang menjadi kebanggaan, atau,aku bukan atlet sukan yang paling hebat di gelanggang, aku juga bukan pemimpin pelajar yang paling banyak berkorban. Aku, hanya pelajar biasa yang menuntut di Maktab Sabah. Namun, sepanjang ku bergelar pelajar biasa ini, aku tetap bangga, kerana, dalam hatiku, aku tahu, aku tetap PELAJAR PERDANA. "

bicara ini penuh signifikasi....
mungkin juga satu pujian buat diri agar tak merasa terlalu ragu dengan keupayaan diri. mungkin juga buat pihak sekolah menghayati perasaan pelajar yang selama ini rasa tidak dipeduli? terpulang pada individu untuk menilainya... :)