aku dan diari ada sejarah sendiri. kali pertama aku menulis diari ialah ketika usiaku 7 tahun. kandungan diari hanya no telefon kawan-kawan. menginjak usia 10 - 12 tahun, nama kawan lelaki mulai wujud dalam diariku. tersenyum mengimbas kenangan dunia kanak-kanak.. :) diari pertamaku yang paling tebal ketika itu, mencatat 1001 perasaan seorang kanak-kanak perempuan yang baru mengenal dunia.
sejak melangkah ke sekolah menengah, diari adalah teman akrab. setiap malam tak sah tanpa menulis diari. bagiku, diari umpama terapi psikologi. medium diari berubah. dari menulis di atas kertas, menaip pula di fail peribadi. tapi fungsinya sama, meluahkan apa ku rasa, tanpa dibaca oleh sesiapa.
kini, 10 tahun berlalu.
aku tak lagi punya diari. kerana apa? bukan kerana aku sudah berpaling pada teknologi terkini. tapi, aku kini lebih mempercayai seseorang dari diari... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan