telah begitu lama tak update blog ni. bukan tak sudi, tapi kesempatan tak mendatangi. tiba-tiba hari ini, (oh, hari istimewa buat si dia!), pintu hati terbuka untuk menulis kembali.
ya, sepanjang aku berada di USM, aku seperti telah mengabaikan bidang penulisan kegemaranku. mungkin kerana itu, aku sangat tertekan pabila tak berkesempatan meluah rasa hati menerusi coretan kata. aku rindu sebenarnya, tapi... hmm, bukan masa jadi alasan. tapi peluang dan kesempatan. dan hari ini, kesepian di bilikku sendiri mengizinkan aku untuk mendekati apa yang ku rindu, menulis.
sepanjang aku di USM.. hmm, terlalu banyak yang berlaku. dan aku akui, aku belum lagi temui kebahagiaan di sini. aku sedang mencari, dan aku ke arah itu sekarang ini...
ada satu yang kini menjadi kebahagiaan ku ( kadang-kadang tertekan juga.. haha ). DEBAT. terus terang, aku tak terlintas pada mulanya untuk menyertai debat... dan aku pun masih dalam proses mengadaptasi diri dalam pasukan debat. aku belum tahu sejauh mana aku akan pergi melalui debat, tetapi, setakat ini, aku memang gembira setiap kali pulang dari latihan debat. mungkin aku masih mentah dan masih rendah diri yang amat dengan ahli-ahli senior yang lain, tapi aku gembira. :)cuma, ada satu kemusykilan yang aku alami. aku tak tahu di mana kedudukan aku as pasukan debat varsity. kami berlatih pada mulanya untuk persediaan DPNC, tetapi dua hari lalu aku nampak poster desasiswaku kini mencari peserta untuk mewakili TEKUN ke DPNC. erm, kalau ditanya pendapat aku, memanglah aku teringin menjadi ahli tetap Varsity, tetapi, layakkah aku? Mendapat Pendebat Terbaik semasa PRA-DPNC, mungkin hanya nasib? aku tak tahu. tapi, aku rasa kerugian andai peluang ini tak datang lagi... lagipun, pada pandagan aku, Kelab Debat ini adalah kelab yang 'bebas' dari kepentingan individu atau kelompok tertentu. aku rasa seronok dapat belajar, tanpa ditekan oleh paksaan yuran, perjumpaan dan lain-lain yang menyakitkan hati dan nurani. aku rasa lebih ikhlas ke latihan, dan gembira.
ya, debat satu-satunya yang buat aku gembira di USM.
Aku telah kembali mengekspresikan rasa rupanya.. hah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan