Mulanya kemurungan melanda. Otak mendera. Stress mengila… tapi menjelang senja, terasa lega.
Baru terasa kembali aura semangat sebagai pelajar major sejarah. Baru terasa kembali semangat menggila yang pernah wujud saat hari pertama mendaftar sebagai pelajar USM. Baru terasa kembali apakah tujuan ku ke USM ini, ya, untuk jadi guru sejarah!
Dua assignment sejarah dalam satu malam adalah kerja gila yang tak akan ku ulangi lagi. Perit dan deritanya sangat berat, sangat tenat. B+ dan A- mampu jadi lebih baik sekiranya aku membuatnya lebih awal… Pengajaran yang ku dapat sangat berharga. Banyak mana pun rujukan yang ku ada, paling penting adalah menghuraikan idea secara analisis dengan teratur dan harmonis. Format adalah perkara penting yang sangat rugi jika diabaikan.. apatah lagi membaca komen Prof Mahani yang cukup jelas ‘mencalar’ hati ku sendiri kerana inilah kali pertama markah tugasanku terjejas kerana format! Sedangkan sebelum ini aku sangat teliti soal format, tapi inilah hasilnya akibat mata yang tenat menghadap laptop sepanjang malam… Tuhan, aku menyesal!
Apapun, sebenarnya aku sangat bersyukur kerana sejak menghantar tugasan itu, tak ada yang ku harapkan melainkan lulus saja… aku langsung tak yakin kerana tugasan tersebut aku buat di saat akhir…
Bak kata Andrea Hirata dalam setiap novel tulisannya.. ( yang aku akan tiru di tulisan blog murahan ku ini…“ Pengajaran moral pertama… Jangan buat 2 tugasan sejarah yang berat dalam satu malam, atau anda akan gila sepanjang pengajian di universiti!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan