Pengalaman Kali Pertama Temuduga..

Pengalaman Temuduga Kali pertama

Fuh. Lega, lega, lega! Seronok sangat rasa, temuduga dah berakhir. Alhamdulillah, aku dapat berdepan penemuduga dengan tenang… ( tenang ke?)

Haha.. sebenarnya, aku rasa aku terlalu banyak mengeluarkan pendapat aku sampai aku tak susun fakta dengan baik sangat. Terlalu banyak idea pun masalah jugak kan? Aku pulak jenis yang cover perasaan gemuruh dengan cara senyum dan bercakap… :D
Hmm, mula-mula masuk, aku sempat baca bismillah depan pintu. Kakak yang tolong daftar tu senyum je tengok aku…Nasib senyuman dia manis.. Bila masuk, tak sempat cakap apa-apa, dia dah suruh duduk. Dengan tersenyum sumbing, aku memperkenalkan diri...

“ Nama saya,Anis Audina Bte As’ad Azam. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu Sabah. Saya.. merupakan Lepasan STPM 2008 dari Maktab Sabah..”
Lepas tu aku terdiam, aku tak tahu nak terus bercakap atau tidak, sebab penemuduga tu macam dah tak sabar-sabar nak Tanya aku soalan.. jadi, aku pun memilih untuk diam.  Dengan penuh rasa tidak sabar, ketua penemuduga pun menyoal aku.. yang ni pun senyuman manis juga. Lega sikit rasa hati…

“ Apa yang program yang kamu mohon?” aku pun, dengan yakin dan berkobar-kobar menyebut dengan lancar nama kedua-dua program pilihan aku. Memang aku hafal.. aku ambik masa berbulan-bulan nak pilih kursus, mestilah aku tahu apa yang aku mohon! Lepas tu dia Tanya kenapa aku pilih subjek sejarah…” kamu tahu ke, subjek sejarah ni paling ramai orang tak minat? Kenapa kamu pilih bidang ni?”

Wah… inilah soalan yang ku tunggu-tunggu…

“ Saya pilih subjek sejarah kerana saya rasa subjek ni menarik. Subjek ni mampu merangsang perasaan inkuiri pelajar terhadap apa yang berlaku pada masa lampau, dan menyediakan diri untuk masa hadapan. Skop pembelajaran sejarah luas. Kita boleh mengenal Galileo Galille (sebenarnya aku tak tahu aku sebut betul ke tak.. haha) , tokoh sains, melalui sejarah. Kita boleh mengenal Ibnu Sina, tokoh perubatan, juga menerusi ilmu sejarah. .. Saya akui, ramai pelajar kurang berminat dengan subjek ini. Tapi, saya percaya dengan kaedah pengajaran yang betul, subjek ini akan jadi lebih menarik. Saya percaya subjek sejarah bukan setakat hafalan untuk peperiksaan…saya.. teruja nak mengajar sejarah. Sangat teruja, nak buktikan pandangan ramai orang terhadap sejrah adalah salah. “

“ tapi, kamu rasa relevan ke pelajar kena belajar tentang masa lalu?” wah, dia nak menguji aku nampaknya… takpe. Aku suka.. haha.

“ Sejarah bukan subjek yang menuntut pelajar kena tahu tentang masa lalu semata-mata. Tapi seperti saya katakan tadi, menyediakan diri untuk masa hadapan. Seperti kita tahu, sekarang ni, pelbagai masalah timbul akibat kelahiran generasi buta sejarah. Sekiranya mereka menghayati sejarah, takkan ada masalah perkauman dan sebagainya. Kalau mereka mendalami ilmu sejarah, mereka akan sedar peranan tokoh setiap kaum dalam pembangunan Negara.takkan berlaku salah faham dan tuduh menuduh, kan? “

Ehe. Masa ni aku rasa aku dah mula bersemangat sangat. Terus aku teringat kata kakak aku, jangan Nampak sombong sangat… aku pun tak jadi nak cakap pasal membina Negara bangsa.. 1 malaysia… hahaha… Nampak over sangat tue.. takkan aku nak bercakap tak henti-henti kan. Hehe… aku pun terfikir, konsep temuduga ialah dua hala.. 
“Baiklah.oh ya, kamu ambil STPM kan? Kamu bukan calon matrikulasi, diploma? Kenapa kamu ambil STPM? Kenapa tak pergi matrikulasi?” aku terdiam sejenak. Kenapa pulak dia Tanya soalan ni. Takkan nak jawab macam masa aku interview paper dulu… mana boleh jawab sebab aku nak peguam. Cari nahas!

“ Saya memang sedari awal merancang nak ambil STPM dan tak berniat ke matrikulasi. Walaupun saya pelajar aliran sains semasa tingkatan 4 dan 5, tapi, saya lebih cenderung dalam bidang sastera. Jadi saya rasa lebih sesuai saya ambik STPM sebab saya nak samabung dalam aliran sastera sejarah.”

“ Tapi,.. ada belajar sejarah ke STPM?”

Aik, apa dia cakap ni. Subjek sejarah lah paling popular di kalangan pelajar aliran sastera STPM…. Dia tak tahu ke?

“ Ada, ada subjek sejarah. “ ringkas je jawapan aku. Tengok sendirilah lah kat sijil. Hehe. Lepas tu, penemuduga yang perempuan mula memandangku. Oh, giliran dia pulak nak Tanya soalan kot..

“ Boleh saya Tanya, kamu berasal dari mana?”

Dah agak dah… confius lah tu sebab loghat aku semenanjung. Biasalah…:P macam biasa, aku bagitau lah dari mana mak bapak aku dan mereka menetap di sabah sebab bertugas sebagai pendidik. Terus teruja dia bila aku bagitau aku anak cikgu. “Oh, jadi kamu nak ikut jejak langkah ibubapa lah ni? Kamu berapa adik beradik? ada tak…”
“ Tak. Takde.” Eh, aku terpotong soalan dia lah. “maksud puan, takda yang jadi cikgu ke?” cuba cover..dia mengangguk.

“ Tak ada. Saya anak keempat dan bongsu. Sebenarnya, ibubapa saya tidak pernah memaksa saya dan adik beradik lain mengikut jejak langkah mereka. Tapi, saya memang berminat sangat nak jadi guru. Sebab tu saya letak guru sebagai pilihan pertama dalam permohonan”.

Berlagak betul aku rasa. Eyy, meluat dengan diri sendiri. Lepas ni, aku kena lebih berhati-hati. Jangan berlagak!

“baiklah, kamu kata tadi, nak jadikan subjek ni menarik… saya bagi kamu satu situasi. Kelas kamu, jam 2 petang. Pelajar mengantuk, kenyang. Macam mana kamu nak menarik perhatian pelajar kamu? Yelah, lebih-lebih lagi lelaki.. memang tak minat membaca kan..”

“ pada pandangan saya… berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai pelajar…yelah, memang tak sesuai nak baca buku atau nak guna kaedah guru menulis di papan hitam sebagainya… saya akan cuba guna lebih banyak visual. Sebab subjek sejarah ni lebih menarik kalau ada visual. Yelah, kalau kita baca buku tentang peristiwa sejarah memang bosan.. tapi kalau kita tengok filem sejarah, dengan visual, kita lebih tertarik kan? Lagi satu, kalau saya dah tau saya ada kelas petang, saya boleh bagitau pelajar, petang tu, saya nak mereka jadi pelakon. Mereka kena lakonkan watak tokoh sejarah. Ada yang jadi Tunku Abdul rahman, ada yang jadi Lee Kuan Yew, (huhu?), jadi mereka lebih memahami dan mendalami perasaan tokoh sejarah tu. Saya rasa, dengan kaedah ni, yang malas memabaca pun akan teruja… yea, petang ni kita berlakon dalam kelas…(dengan nada cute.. yai!)”

Waktu ni, aku rasa macam selesa je nak bercakap.. dan memandangkan tengahari tadi aku tertengok cerita pasal Sejarah Singapura, aku terfikir nama Lee Kuan Yew lah pulak.. . lantaklah.. tapi aku tertanya jugak, boleh ke guna cara macam tu ye? Tapi rasa best pula kalau cikgu aku buat macam tu.. hihihi… tapi muka penemuduga tu macam gembira je dengar jawapan aku. Mengangguk-angguk…. Ketawa senyum-senyum.. ntahlah ketawa sinis atau suka. Aku pun senyum sekali lah.. :D

“ baiklah, boleh saya Tanya soalan dalam bahasa inggeris? Sebagai pelajar, kamu kena kuasai bahasa lain jugak kan?”

“ Err.. I cant speak English fluently, but I will try..”
“ oh.. don’t be so humble… u can do it.. ok? Hmm, my question is.. There are so many candidates out there. Everyone has potential. So, what makes u so special and better than other candidates?”

Aha! Kakju dah ajar cara nak jawab soalan ni. Tapi,.. kena jawab dlm bi. Takpelah. Belasah je.. “Actually, I don’t think I’m better than other candidates, but, I believes, I’m unique. “ then dia Tanya apa yang unik tentang aku. Dia minta dua faktor… argh, tension betul… dengan grammar tunggang terbalik, tapi still mencuba yang terbaik, aku bagitau yang pertama, aku rasa aku ada kreativiti yang aku rasa tak banyak guru sejarah ada. Dan kreativiti ni yang akan jadikan aku guru sejarah yang menarik perhatian pelajar. Dah tentu aku jawab dalam bi lah… tapi, dengan grammar yang tak betul sangat jadi malas lah nak taip… pastu, yang kedua… dengan nada suara yang merendah diri (ceh!).. .. dan apabila mereka terus mendesak aku menjawab.. aku pun ‘tercakaplah’ …” I think… Im cute…eheh…” dan penemuduga tu senyum senyum dan menyahut, “ its ok. Yes, u’re cute actually.” Haha… lalu menambah lah, aku rasa dengan faktor ‘cute’ tu akan mendekatkan pelajar dengan aku, mereka takkan rasa takut.. yelah, kebanyakkan pelajar takut dengan cikgu yang wajah ‘firm’ dan.. aku tak tahu macam mana nak explain lalu dia bagi satu perkataan untuk tolong aku, (yang aku sebenarnya tak dengar sangat apa dia kata tapi aku iya saja), hehe… kononnya lagi, pelajar akan rasa lebih selesa dengan aku.. entah apa-apa lah… ahaha…
Dan, lepas tu mereka saling berpandangan, senyum-senyum, mengangguk… dan cakap sesama sendiri… cakap okey-okey banyak kali… dan bagitau temuduga tu dah selesai. Lepas tu, dia suruh aku ke depan untuk ambil ujian buta warna. And…. DONE! Dalam kepanikan itu aku pergi salam penemuduga perempuan pulak dah… pastu tunduk hormat dengan penemuduga lelaki. Pastu baru aku terfikir, bukan sepatutnya jangan salam ke? Lantaklah… dan aku terbagi terima kasih sambil membelakangkan mereka. Huhu… dan kurang markah kesopanan tau! Ahha..

Klah. LEGA. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tiada, berserah saja pada tuhan.  Kesimpulannya, aku teruja sangat dengan temuduga pertama dalamm hidup aku! (ye ke yang pertama.. ujibakat Af tu temuduga ke? Ehhe)








Temuduga kursus perguruan

esok, 19 mei 2009, aku ada temuduga untuk kursus perguruan, Ijazah sarjana muda pendidikan.
temuduga tu jam 2 petang. nasib baiklah, kawan rapat aku, Nuratiqah, dapat tarikh dan masa temuduga yang sama dengan aku. cuma aku dekat bilik tutorial 1, dia dekat bilik tuturiol 2.

hmm, persediaan untuk temuduga? tak tahulah. masih rasa tak cukup lagi. cuba nak hafal falsafah pendidikan negara dan nama menteri. bagi aku, itu taklah penting sangat. tapi kenapa mesti ditanya? ( tak manjana pemikiran punya soalan!) tapi, takkan lah aku nak sombong dan tak hafal 'benda' tu. nak tak nak, hafal je lah.

sejujurnya, persediaan aku ialah cuba memahami diri sendiri, dan matlamat sebenar aku nak ambil bidang pendidikan ni. rasanya, kalau aku dah kenal dan faham kehendak diri, barulah mudah aku nak menyakinkan penemuduga tu kan? mudah-mudahan, insya-allah. :)

tapi, tak tahulah. susah nak dijangka. masa aku tanya pengalaman mariani kena temuduga tadi, dia kata, dia kena suruh cerita tentang mak dia dalam bahasa inggeris. MAK DIA? pelik betul... dan yang nak buat aku gelak sangat-sangat... dia bagitau penemuduga tu, " She's married my father". hihihihi...

dah;ah aku merepek ni. baik aku mandi... sambil menenangkan diri!!!! wwuuuuaaahhh!

Pelajar cemerlang tidak berminat menjadi pakar sains sosial

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menawarkan biasiswa khas kepada enam pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi, pergigian, perubatan, akauntan, sains aktuari dan kejuteraan mekanikal. Keenam-enam pelajar berkenaan menjadi contoh yang sangat baik kepada bakal pelajar SPM 2007 untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita dan impian masing-masing.

Antara universiti pilihan ialah Universiti Cambridge, Universiti Leeds, London School of Economics dan Imperial College.

Setiap tahun, sistem pendidikan Malaysia mampu melahirkan ratusan pelajar cemerlang di peringkat SPM. Peningkatan persaingan untuk menempatkan diri di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara turut bertambah hinggakan kerajaan mengambil inisiatif menambah pengambilan pejar, membuka lebih banyak universiti baru, menggalakkan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta dan menaik taraf kolej universiti kepada universiti penuh.

Di peringkat sekolah rendah lagi, pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran diperkenalkan untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar. Kelas khas, tuisyen, skim bantuan makanan tambahan, kemudahan ICT dan guru berijazah dapat menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di Malaysia setanding dengan rakan mereka di negara-negara maju.

Persaingan adalah kunci kepada pembangunan negara. Sektor pendidikan adalah lubuk kepada pembangunan modal insan dan penentu kepada maju dan mundur sesebuah negara. Bagaimanapun, dalam beberapa keadaan, pemikiran masyarakat masih lagi melihat pelajar cemerlang adalah mereka yang belajar di aliran sains tulen bukannnya dari sains sosial ataupun sastera.

Sistem pendidikan meletakkan asas kepada keutamaan pelajar dari aliran sains tulen untuk diberi kemudahan biasiswa dan melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka. Penekanan yang berlebihan menyebabkan persepsi "bangga diri" terhadap pelajar aliran lain sangat jauh merosot. Justeru, ibu bapa sangat berbangga jika anak mereka memilih jurusan perubatan, kejuteraan atau akauntan berbanding ilmu wahyu, pengajian Islam ataupun pembangunan manusia.

Majikan di Malaysia turut berlumba-lumba memilih pelajar cemerlang dari aliran sains tulen untuk diberi biasiswa dan keutamaan dan pelajar yang cemerlang dalam aliran sains sosial, sastera dan agama tertinggal di belakang. Ada di antara mereka terpaksa mencari perbelanjaan sendiri untuk menyambung pelajaran. Michael Hart, penulis buku The Most Influential Man in History menyenaraikan sepuluh individu teratas yang hebat iaitu Nabi Muhammad SAW, Isaac Newton, Jesus Christ, Buddha, Confucius, St. Paul, Ts'ai Lun, Johann Gutenberg, Christopher Columbus dan Albert Einstein. Tujuh daripada mereka adalah personaliti besar dalam pembangunan modal insan. Perubahan yang mereka lakukan bukan sahaja untuk masyarakat setempat malah untuk seluruh dunia. Apakah kita tidak mahu merangka satu perancangan sistematik bagi membentuk sekumpulan individu pintar, berjiwa besar dan berkemampuan membina modal insan negara bagi seratus tahun yang akan datang?

Jarang kita dengar majikan di Malaysia bersungguh-sungguh memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang sosiologi di universiti terkemuka dunia. Amerika Syarikat maju kerana mereka mempelbagaikan sumber dan kekuatan yang ada. Pakar dalam bidang kerja sosial misalnya, Profesor James Midgely dari University of California, Berkeley, sangat aktif menulis dan memberi idea pembangunan dalam kerja sosial di seluruh dunia. Pemikirannya menjadi panduan kepada pembangunan kerja-kerja sosial khususnya negara membangun. Kita masih belum berupaya melahirkan pakar dalam bidang kerja sosial walaupun berbangga melahirkan pakar dalam bidang sains dan teknologi.

Penerima anugerah Nobel Keamanan 2006, Muhammad Yunus dari Bangladesh dan pengasas Grameen Bank adalah seorang pakar ekonomi dan sangat aktif melaksanakan program pembasmian kemiskinan. Dengan kepintaran yang praktikal, beliau mengunakan kaedah mikro kredit untuk membantu golongan miskin di Bangladesh keluar dari tahap kemiskinan. Itulah jasa beliau kepada masyarakat di seluruh dunia kerana sistem mikro kredit telah digunakan oleh banyak negara termasuk Malaysia dengan program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kita juga mempunyai ramai pakar ekonomi tetapi belum lagi mampu untuk berani berfikir dan bertindak seperti Muhammad Yunus

Besar kemungkinan persepsi sebahagian pelajar dan masyarakat kita yang masih menganggap bidang sains tulen lebih baik daripada sains sosial. Tetapi tidak di kebanyakan negara maju kerana cara berfikir mereka berbeza. Seorang pelajar dari Amerika Syarikat, Oliver Turley, pelajar masters, bercita-cita hendak menyertai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam kreativiti sastera dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Dia tidak ingin pun menyertai sektor kerajaan Amerika Syarikat walaupun bakal mendapat ijazahnya. Pelajar kita tentunya berlumba-lumba untuk menjadi pengajar ataupun mengintai peluang dalam sektor kerajaan kerana ianya lebih terjamin.

Paradigma pembuat polisi harus berubah selari dengan perubahan keperluan pembangunan manusia. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menteri yang telah mengubah paradigma masyarakat untuk melihat pembangunan modal insan sebagai teras kecemerlangan, bukannya pada mesin atau program. Robot dan program tidak akan memberi apa-apa makna jika sumber manusia tidak diberi pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikannnya.

Sudah tiba masanya perancang polisi menilai dan mengetengahkan idea untuk menaja pelajar yang cemerlang dalam sains sosial untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di dunia. Kita menghasilkan produk yang bermutu setiap tahun tetapi kegagalan melihat potensi mereka telah menghalang kejayaan negara untuk meraih hadiah Nobel Keamanan. Bangladesh, negara yang sangat miskin, rasuah dan politik yang tidak stabil dapat melahirkan seorang pemenang Nobel, Malaysia seharusnya melakukan lebih baik daripada negara tersebut.


Rujukan

http://nobelprize.org/nobel_prizes/peace/laureates/2006/

Posted by Zahir Zainudin at 11:51 AM

Labels: Pendidikan