Sejarah aku meminati sejarah.

Tiba- tiba hari ni aku post begitu banyak artikel tentang sejarah.
sebenarnya, aku masih nervous berikutan semua kursus yang aku mohon di upu berkaitan sejarah. aku tak tahu kenapa aku risau, mungkin aku takut salah membuat pilihan... huhu... aku tak patut rasa begini lagi, aku dah fikir panjang sebelum memilih kursus di IPT... malah, aku tak mohon undang-undang sebab aku YAKIN, AKU MINAT SEJARAH! BUKAN UNDANG-UNDANG!
mengimbas semula saat aku mulai jatuh cinta dengan subjek sejarah.. hmm... sebenarnya, aku memang suka kajian tempatan sejak sekolah rendah... dan, saat aku menyertai pertandingan bercerita kisah Al-Quran, hidup aku selama 2 tahun, dikelilingi catatan sejarah Islam... aku tahu, masa tu, aku mengkaji sejarah Islam melebihi rakan-rakan sebaya aku yang lain. sebabnya? ustaz yang incharge aku tue, bahasa melayu dia agak tunggang terbalik. jadi, untuk memastikan karangan cerita aku baik, aku taip sendiri cerita aku... dah taip sendiri, kenalah faham apa yang ditaip.. hmm, alhamdulillah, masa nie, aku rajin sangat baca tafsir Al-Quran... hmm.... ( kenapalah ini tak jadi amalan sampai sekarang? ) :(
masuk sekolah menengah, aku benci sejarah. sebab apa? Sejarah PMR hanya objektif semata-mata... aku memang tak suka... tingkatan 1 dan 2, aku tak pernah ambil peduli pasal sejarah. sebab aku rasa ia subjek hafalan semata-mata. tak mencabar, boring, dan mendidik pelajar to be exam-oriented.. huh!
nasib baik, bila tingkatan 3, aku jumpa seorang guru sejarah. Cikgu Nurul Huda. dia pernah mengajar kakak-kakak aku dulu... dia memang dah lama dekat Maktab Sabah. Mak aku pun kenal dengan dia nie... hmm, cikgu nurul nie, membuka persepsi yang lebih luas terhadap subjek sejarah... dia mengajar sejarah, dengan ILMU dan MINAT. dia suka bercerita, di luar bidang/ silibus pembelajaran.... tapi, tetap berkaitan sejarah. masa nie lah, aku rasa sejarah nie memang menarik, meluas, dan semangat inkuiri aku berkobar-kobar nak tahu segala apa yang berlaku di seluruh dunia.....
( cuma kadang-kadang aku tertido jugak waktu dia bercerita... hehehe)
masuk tingkatan 4, aku dipertemukan tuhan dengan Cikgu Lily William. yeap, guru kelas aku yang dah ada 3 anak tapi saaaannnngggggaaaaattttt manis! :) cikgu lily ialah cikgu yang sgt sistematik semasa mengajar... aku suka kaedah pengajaran dia. setiap kali dia masuk kelas, dia tahu apa aktiviti yang nak dibuat. kata orang, gaya cikgu nie lebih kepada gaya cikgu matematik yang skema... tapi aku tak kisah, sebab aku suka.... dia juga mengubah persepsi bahawa semua cikgu sejarah suka merepek dan melalut dari mengajar... cikgu lily suka kaedah pembentangan dalam kelas.. dan kerana itu, aku lebih yakin dalam menyampaikan fakta sejarah. cikgu lily jugak tak lokek berkongsi ilmu. aku tak pernah takut untuk tanya dia apa juga soalan... sebab dia sangat terbuka menerima soalan dari pelajar! ada satu masa, aku buat pembentangan kat kelas. topik Kesan Budaya & Intelektual Kedatangan Islam klu tak silap... masa nie lah, aku rasa dihargai sangat oleh cikgu Lily... aku ingat lagi kata-kata dia...
" Kalau begini cara kamu membentang, kamu pergi mana pun dalam hidup, kamu boleh berjaya."
Pujian yang bukan bertujuan untuk aku membangga diri, tapi, untuk menanamkan keyakinan dalam diri aku, sepanjang hidup aku.. terima kasih, cikgu.
syukur sangat-sangat, cikgu Lily kekal mengajar aku sampailah aku tingkatan 6. 4 tahun dididik olehnya, aku sangat-sangat gembira! :)
and pada cikgu mohamad, walaupun seringkali ada perbezaan pendapat aku dan dia, aku tetap berterima kasih pada dia. kerana pengalaman dia sebagai guru sejarah telah banyak membantu aku skor A dalam peperiksaan... syukur sangat-sangat dia jadi guru sejarah tingkatan 6!

1 ulasan:

  1. cikgu nurulhuda yang kuceritakan di sini telah bergelar allahyarhamah tak lama dulu... al fatihah ke atas beliau. terima kasih, cikgu.

    BalasPadam