menghitung hari.
mengenang kembali. tahun penuh pancaroba. kadangkala tilikan nujum cina ada juga kaitannya. kebetulan, mungkin saja.

mengakhiri detik terakhir 2011 dengan menelaah pelajaran, agak bosan bagiku. selalunya, tahun baru, detik 'pembersihan' otak dan emosi. tapi kini, perlu mengimbau memori. tidak seronok seperti selalu. tapi masih bersyukur, mampu mencuri masa menaip di blog usang ini.

ah... menarik nafas lega. masih hidup di saat ini. masih belum mengalah dari perjuangan di bumi Pulau Pinang ini. masih mengenang sasi-baki perit gerit semester ini. bukan mudah bila menyembunyikan dalam senyuman yang tak bertepi. di bumi tempat ku berdiri ini, tiada siapa tahu... tapi di sana, tempat kelahiranku, arang sudah diconteng ke muka. malu sudah tiada guna.

kebencian. dalam hidup. inilah kebencian paling mendalam yang pernah ku rasai. pada orang asing yang memporak-peranda. pada darah daging yang tiada jiwa. mengapa jadi begitu? aku tidak tahu. terasa hairan dan tertanya. adakah sebenarnya mereka sudah lupa segala-galanya? apakah prioriti manusia? cita-cita sendiri, kepuasan atau pertalian yang sewajarnya dipertahankan?

benci bila dikenang. sungguh. sehingga aku rasa dendam. mengharap sinar bahagia atau menanti keputusan muktamad yang adil dan saksama. gila. dunia ini mana ada keadilannya.

apa yang ku pelajari dari semua ini...


jangan ada harta , tapi berkira. jangan ada mata, tapi buta. jangan ada ilmu, tapi dungu.



moga 2012 ini, ada harapan yang lebih menarik. Ada hikmah semua ini. ada pelangi selepas hujan. terutamanya menanti anak saudara pertama dalam hidupku! :)


*Berdoa dan memanjatkan syukur pada ilahi. Moga berbahagia, Abang Afiez dan Kak Nora.


BLOGGING

Tiba-tiba terasa nak update balik blog yang dah berhabuk ni...  kenapa? sebab isu budak 14 tahun yang tulis status kontroversi kat blog dia. aku pun malas nak ulas isu tu tapi kesannya beribu-ribu respon diterima. kesan terhadap aku pulak, aku baru teringat bahawa aku ada blog... hahha.


ok, tentang aku. aku sekarang kat rumah kakak aku di Seri Kembangan. Hujung minggu ni akan pulang Penang dah. Jadi, mungkin atas dasar kebosanan melampau maka aku akan kembali rajin update blog aku ni. apapun, tujuan aku kembali ber-blogging ni pun sebab aku ada komitmen penulisan esei atas arahan kakakku yang tercinta tu.... maka, harus kembali meransang minda dan pemikiran setelah bermalas-malasan selama sebulan... 

Sebagai inspirasi, aku harus tekad dan kembali menyedari bahawa penulisan adalah salah satu keghairahan dalam hidup aku. 

I LOVE WRITING!















Tolong jangan sia-siakan bakat sebab malas, ok Anis Audina? 

aku risau...

tanah runtuh di jalan shantung, luyang... aku risau. sebab ujan setiap hari, siling rumah aku tiap hari makin nazak keadaannya. siling tempat parking makin runtuh. nasib baik papa dah tukar port parking kereta. setiap hari aku bayangkan kalaulah runtuh semua abislah aku... 

apapun, dalam semangat nak pindah rumah, sedih juga.Ini lah rumah tempat aku membesar. usia rumah ni lebih tua dari aku. di sinilah aku menghadapi kehidupan. menjadi kanak-kanak berani yang kuar rumah tengah malam hanya untuk cari kucing aku... pernah satu saat ramai jiran melayu dan suasana meriah sengat waktu tu. tapi kini, keadaan dah berubah. 

yang ada di kawasan Taman Makmur ini, hanyalah warga asing. aku, dan 3-4 rumah lain sahaja yg merupakan warganegara sah agaknya. Selepas kes kecurian motor tempohari, aku risaukan papa mama. jujurnya, ramai tak sangka kami masih menetap dekat sini. tapi rumah ni begitu berharga. mama dah tanam banyak sangat pokok buah-buahan... mangga, rambutan, jambu.. semua adalah! dah secara tidak langsung juga,rumah ni adalah tanak perkuburan kucing... tak terkira dah berapa puluh kucing papa tanam tiap kali kucing kami mati... 

hakikatnya, walaupun secara fizikal rumah kami tak seindah banglo mewah mawi, tapi aku bahagia di sini. paling seronok, aku ada rumah yg paling strategik dari kawan2 yg aku kenal. Mana lagi nak dapat rumah area luyang yang berada di tengah antara airport, bandar kk, dan paling penting, sebelah hospital! haha. supermarket, saloon, pizza hut, kedai mamak, malah yoyo cafe pun ada! :D

ujan kian lebat. dan aku, sendiri. :)


Semester yang mencabar harus dilalui dengan sabar.

alhamdulillah. keputusan semester lalu keluar akhirnya. ada peningkatan, maka aku gembira. cuma sedikit makan hati kerana kepayahan mendapat dekan. 3.43... nyaris2, tp bukan rezeki. gigit jari sajalah melihat rakan-rakan Pendidikan Khas dapat keputusan yang cemerlang... rakan-rakan sama kursus? tak tahu..0.0. heh.takde yang sudi bagitahu?

tak mengapalah. kerana yang penting, keputusan paper-paper sejarah agak baik..( walaupun bukan A, tapi B+). tapi mengenangkan betapa cintanya aku pada sejarah, aku takkan mengalah! :) baru tadi syukri mesej aku maklumkan aku dia dapat 3.29. kemudian, kami berbincang sedikit tentang perancangan semester hadapan. aku bercadang nak ambil paper bersama dia, sebab dia tak kedekut ilmu orangnya. aku pun yakin kami rakan study yang baik sebab aku suka berkongsi pendapat dengan dia.

tentang subjek pendidikan, masih bingung nak ambil paper apa semester hadapan. dahlah kecewa tak dapat skor A PGA101.. seriously, kecewa. B+ memang menggalakkan, tapi untuk paper asas pendidikan, rasa kenapalah tak mampu dapat lebih baik? gila Lasykar Pelangi pun masih tak skor.. wawa..

Walaubagaimanapun, aku sangat berterima kasih pada rakan-rakan sekumpulan SHE101 dan PGT203, kerana kedua-dua paper ni aku dapat A. tanpa ahli kumpulan yang memberi kerjasama, tentu pointer aku tak sebaik yang aku dapat kali ini.


Pengajaran hari ini, berusaha dan berusaha lagi. tuhan yang menentukan. Banyak lagi skill belajar yang aku harus terokai demi survive di alam universiti. Berbicara soal 'survive', aku yakin semester hadapan pasti lebih mencabar. dan aku mengharap ada seseorang yang sentiasa disisi, memberi aku semangat menghadapi dugaan-dugaan mendatang.

lebih besar dugaan, semakin aku memerlukannya.. siapa dia? aku lebih tahu.

Legenda Budak Setan


Saat ini, promo filem Lagenda Budak Setan hari-hari ditayangkan di televisyen. Lagu latar 'Bila Cinta' begitu menyayat hati. apapun, aku terpaksa mengaku bahawa sedikit kecewa dengan pengarahan filem ini.apapun, begitulah dunia filem... sarat dengan kehendak memenuhi tarikan komersial tetapi mengabaikan nilai-nilai indah yang membuatku pernah jatuh cinta dengan novel ini.

Lagenda budak setan. Novel Ahadiat Akashah yang ku baca ketika usia 11 tahun.ya, 11 tahun. inilah novel tebal pertama yang aku baca. apa yang ingin aku coretkan, bukanlah berkenaan kisah cinta yang dipaparkan dalam novel ini, tapi impak novel ini terhadap hidup aku.

ahadiat akashah pernah menjadi penulis kegemaranku di usia awal remaja. ya, usia mentah yang memang cenderung pada kegilaan novel yg ku anggap pada masa itu sesuai dengan tahap mindaku. dalam usia 12 tahun, aku mula menulis cerpen dan mengedarnya kepada rakan-rakan sekolah untuk dibaca. temanya klise, cinta remaja. tajuknya juga sudah ku lupa. hasrat utk menyimpannya karya pertamaku juga punah kerana ia telah dimakan anai-anai. adakala, rakan-rakan lama mengusik mengenai karya lamaku itu. ketawa sendiri mengingatkan betapa mentahnya aku masa itu, usia 12 tahun tapi menulis cerita ttg kelompok akhir remaja. haha.tapi tak mengapalah, aku sekadar mencuba. dan ahadiat, pembuka hasratku untuk menulis. :)


tapi, aku mengaku, selepas berakhir zaman penerbitan novel naskah ahadiat, aku tak lagi membaca novel. Ribuan novel Alaf 21 yang menjadi pujaan ramai remaja seusia langsung tidak menarik minatku. selama beberapa tahun, mungkin dalam 5-6 tahun aku tidak berminat membaca novel. aku mula muak dengan tema cinta remaja, ku rasa minda ku tak dapat menerimanya. mungkin kerana usia sudah mula menginjak, perlahan-lahan bacaanku tertumpu pada biografi, karya sejarah dan seumpamanya. sebenarnya sejak kecil aku memang gemar kisah anbia, kerana papa mama memang gemar menghadiahkan aku buku-buku cerita sedemikian. ( teringat memori menyertai pertandingan bercerita.. hehe).

dan kini, setelah begitu lama mencari novel yang mampu menarik minat, Laskar Pelangi adalah jawapannya. ku teruskan dengan mengikuti tetrologinya. tidak dinafikan, aku sangat berhati-hati memilih bacaan novel. aku akan pastikan ulasan terhadapnya terlebih dahulu. aku mudah terpengaruh? mungkin, tapi aku jadi begini kerana serik membaca novel separuh jalan kerana hilang minat terhadap jalan cerita yang sudah ku jangka pengakhirannya.

aku mengaku, aku bukan pengkritik sastera yg baik jika aku tidak menghayati novel keseluruhannya. dan mungkin aku juga tercari-cari rakan yang dapat memberi cadangan novel yang selaras kehendak dan minatku. aku ada ramai kawan yang gila novel, malangnya jarang sekali aku temui yang mempunyai minat yang sama denganku. 

p/s : watak kasyah, pernah menjadi ikon lelaki idaman aku. kasyah pada aku adalah lelaki nakal, selekeh sedikit, tetapi menarik.. :) sayangnya watak kasyah oleh farid kamil yg berimej bersubang jauh sekali dr fantasi kasyah idamanku! huhu. :(

The Worst Words to Say at Work


9 common words and phrases that will make you sound noncommittal, undependable, and untrustworthy


Some words and phrases are often used to buy time, avoid giving answers, and escape commitment. If you use these words and phrases yourself, take a scalpel and cut them out of your thinking, speaking, and writing.
"Try" 

"Try" is a weasel word. "Well, I'll try," some people say. It's a cop-out. They're just giving you lip service, when they probably have no real intention of doing what you ask. Remember what Yoda says to Luke Skywalker in "Star Wars": "Do or do not--there is no try." Take Yoda's advice. Give it your all when you do something. And if it doesn't work, start over.
Put passion into your work, and give it your best effort, so you can know that you did all you could to make it happen. So if the outcome you were expecting didn't come to fruition, it's not because you didn't do everything you could to make it happen. It just wasn't the right time for it or it wasn't meant to be.


"Whatever" 

This word is a trusted favorite of people who want to dismiss you, diminish what you say, or get rid of you quickly. "Whatever," they will say as an all-purpose response to your earnest request. It's an insult and a verbal slap in the face. It's a way to respond to a person without actually responding. When you say "whatever" after another person has said his or her piece, you have essentially put up a wall between the two of you and halted any progress in communicating. It's a word to avoid.


"Maybe" and "I don't know"

People will sometimes avoid making a decision--and hide behind words and phrases like "maybe" and "I don't know." There's a difference between legitimately not knowing something and using words like these as excuses. Sometimes during a confrontation, people will claim not to know something or offer the noncommittal response "maybe," just to avoid being put on the spot. If that seems to be the case, ask, "When do you think you will know?" or "How can you find out?" Don't let the person off the hook so easily.


"I'll get back to you" 

When people need to buy time or avoid revealing a project's status, they will say, "I'll get back to you," and they usually never do. If people say they will get back to you, always clarify. Ask them when they will get back to you, and make sure they specify the day and time. If they don't, then pin them down to a day and time and hold them to it. If they won't give you a day or time, tell them you'll call in a day or week and follow up. Make sure you call and get the information you need.


"If" 

Projects depend on everyone doing his or her part. People who use "if" are usually playing the blame game and betting against themselves. They like to set conditions, rather than assuming a successful outcome. People who rely on conditional responses are fortifying themselves against potential failure. They will say, "If Bob finishes his part, then I can do my part." They're laying the groundwork for a "no fault" excuse and for not finishing their work.
There are always alternatives, other routes, and ways to get the job done. Excuse makers usually have the energy of a slug and the spine of a jellyfish. You don't want them on your team when you're trying to climb Mt. Everest.


"Yes, but . . ." 

This is another excuse. You might give your team members suggestions or solutions, and they come back to you with "Yes, but . . ." as a response. They don't really want answers, help, or solutions. You need to call the "Yes, but . . ." people out on their avoidance tactic by saying something like "You know, Jackie, every time I offer you a suggestion you say, 'Yes, but . . . ,' which makes me think you don't really want to solve this problem. That's not going to work. If you want to play the victim, go right ahead, but I'm not going to allow you to keep this up." After a response like that, you can be assured that the next words you hear will not be "Yes, but . . ."!


"I guess . . ." 

This is usually said in a weak, soft-spoken, shoulder-shrugging manner. It's another attempt to shirk responsibility--a phrase that is muttered only when people half agree with you but want to leave enough leeway to say, "Well, I didn't really know. . . . I was only guessing." If you use this phrase, cut it out of your vocabulary.


"We'll see . . ."

How many times did we hear our parents say this? We knew they were buying time, avoiding a fight or confrontation, or really saying no. It's better to be decisive and honest by saying, "I need more information. Please present your case or send me the data--both pro and con--so I can make an informed decision." That way, the interested parties will contribute to an in-depth, well-researched "verdict."
This column is an excerpt of "Surviving the Toxic Workplace" (McGraw-Hill, 2010), by Linnda Durre, a psychotherapist, business consultant, and columnist. You can follow her on Twitter: @LinndaDurreShow.




aku mengatakan bahawa maklumat ini sangat bagus... berjaga-jaga dengan apa yang akan ku kata! haha.

Sindrom Lasykar Pelangi

Lasykar Pelangi… yeah, ejaannya sering sahaja teringgal satu ‘y’ di tengah-tengah. Dr. Shahabuddin sesungguhnya telah menyebarkan virus Lasykar Pelangi kepada pelajar PGA 101 semester ini. Ya, harap maklum… Dr Shahabuddin bukanlah professor bidang sastera atau bahasa. PGA 101 adalah subjek paling asas bagi pelajar kursus pendidikan. Dan kewajipan menonton filem Lasykar Pelangi adalah kerana kami sudah sedia maklum bahawa salah satu soalan peperiksaan paper ini akan menyentuh mengenai perwatakan dalam filem ini.

 Aku salah seorang yang terjebak dalam sindrom kegilaan terhadap kisah tulus coretan hati seorang anak Belitong, Indonesia.. Andrea Hirata.  Oleh sebab aku dituntut mendekati filem ini dari sudut temanya yang berkisar soal pendidikan, maka isu pendidikan lebih dominan dalam pemerhatianku dan pembacaanku. Saat aku menonton filem ini buat kali pertama di dalam dewan kuliah, aku bertepuk mendengar dialog Bu Mus,
“ Aku hidup bukan untuk jadi isteri orang besar, aku hidup hanya untuk jadi guru.”

Terkesima. Ya, filem ini menyedarkan aku bahawa di sudut hati aku ada jiwa yang amat kuat untuk bergelar pendidik. Aku memang mahu jadi guru. Aku cuba menipu dengan kebencianku terhadap silibus sejarah sekolah yang penuh kepincangan, tetapi hakikatnya aku sangat ingin bergelar guru dan disayangi oleh para pelajarku. Melihat pengorbanan ibu bapaku, Bu Mus, aku tahu bukan mudah perjuangan ini. Ah, aku saja masih mentah sebagai pelajar tahun pertama pengajian pendidikan. Tapi aku mahu! Gilalah aku.

Aku sudah membaca novel kedua Andrea Hirata, Sang Pemimpi. Lebih mudah memahaminya kerana ayatnya tidak terlalu terperinci dan tidak penuh penerangan biologi tentang pokok-pokok.. ahaha…. :P

Tugasan sejarah

Mulanya kemurungan melanda. Otak mendera. Stress mengila… tapi menjelang senja, terasa lega.
Baru terasa kembali aura semangat sebagai pelajar major sejarah. Baru terasa kembali semangat menggila yang pernah wujud saat hari pertama mendaftar sebagai pelajar USM. Baru terasa kembali apakah tujuan ku ke USM ini, ya, untuk jadi guru sejarah!



Dua assignment sejarah dalam satu malam adalah kerja gila yang tak akan ku ulangi lagi. Perit dan deritanya sangat berat, sangat tenat. B+ dan A- mampu jadi lebih baik sekiranya aku membuatnya lebih awal… Pengajaran yang ku dapat sangat berharga. Banyak mana pun rujukan yang ku ada, paling penting adalah menghuraikan idea secara analisis dengan teratur dan harmonis. Format adalah perkara penting yang sangat rugi jika diabaikan.. apatah lagi membaca komen Prof Mahani yang cukup jelas ‘mencalar’ hati ku sendiri kerana inilah kali pertama markah tugasanku terjejas kerana format! Sedangkan sebelum ini aku sangat teliti soal format, tapi inilah hasilnya akibat mata yang tenat menghadap laptop sepanjang malam… Tuhan, aku menyesal!

Apapun, sebenarnya aku sangat bersyukur kerana sejak menghantar tugasan itu, tak ada yang ku harapkan melainkan lulus saja… aku langsung tak yakin kerana tugasan tersebut aku buat di saat akhir…
Bak kata Andrea Hirata dalam setiap novel tulisannya.. ( yang aku akan tiru di tulisan blog murahan ku ini…“ Pengajaran moral pertama… Jangan buat 2 tugasan sejarah yang berat dalam satu malam, atau anda akan gila sepanjang pengajian di universiti!” 

Aku mencari diri

minggu ulangkaji terasa sepi. sana sini sunyi. turun cafe melihat makcik pakcik yang menanti pelanggan dengan bosan. turun bilik tv juga sepi.

di manakah kesesakan? LIBRARY.

inilah dunia universiti. semua sibuk mengejar matlamat utama hanya di saat kemuncakya. kini, minggu yang digelar minggu ulangkaji adalah masa untuk balik kampung!

ya allah, lupa!
aku kena post surat wakil pada kakju!
DUUUIIIITTTT!!! :D
alhamdulillah.

Alam dunia

Alam dunia...
Berubah setiap hari.
Dia yang pernah kau cinta.
Kini semakin menjauh dari alam dunia mu. 

Keliru.
Disesak oleh keperluan mencari destinasi.
dalam blok M06 yang sesak ini.
aku sendiri menghitung kebodohan diri.

tidurku tak pernah lena lagi.
Mencari ketetapan yang abadi.
hargh!

Bergelar pelajar pendidikan...


Bergelar pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, memang berbeza perasaannya berbanding menjadi pelajar kursus lain. Corak pemikiran, stail pembelajaran, malah gaya pakaian dan personaliti juga cukup untuk membezakan pelajar pendidikan atau bukan pendidikan di USM ini...

Secara jujurnya, kadangkala berlaku konflik dalaman pada diri aku sendiri dalam soal menyesuaikan diri sebagai pelajar pendidikan.. tak seperti pelajar Pendidikan Khas yang sepenuh masa berada di PPIP, aku pula lebih banyak berada si school Ilmu Kemanusiaan.... Dan, sebab tu juga, aku jarang nak berpakaian formal atau membawa imej 'cikgu' tiapkali aku takde kelas kat PPIP.tapi, itu taklah bermakna aku tak jaga langsung soal penampilan diri ni... dilahirkan sebagai anak cikgu, mak aku cukup dah mendidik aku supaya berpakaian sesuai dgn suasana sentiasa.... cuma aku malaslah nak pakai baju kurung tiap hari... ehe.( malas gosok baju sebenarnya..)

oklah, berbalik pada topik, aku sebenarnya selalu dapat respon yang sama setiap kali memperkenalkan diri sebagai pelajar kursus pendidikan... respon apa? respon terkejut lah... aku pun tak pasti kenapa orang terkejut.. ada yang risau sebab saiz aku kecik, ada jugak yang terkejut sebab kata aku tak macam budak pendidikan..

apa maksudnya ek? aku tak skema? 

hmm, tak taulah... mungkin sebab semester ni aku lebih kerap makan dengan budak masscom dari budak pendidikan sendiri. malah aku ambil beberapa paper yang sebenarnya tak ramai budak pendidikan batch aku ambil semester ni....

Tapi, jika ditanya, " kau betul ke nak jadi cikgu?"

dalam hati, aku selalu jawab, 
"Aku nak jadi pendidik. Sekadar jadi guru menurut pada silibus pendidikan kementerian, belum tentu aku mampu 'mendidik' pelajar dengan sepenuhnya. ". 

bagitulah hidup.realitinya hidup terpasah mengalah dengan keadaan.






stress

aku stress. aku tak dpt bukak facebook. tak taulah kenapa. rasa sunyi. nana pergi pangkor. dengan kerja kelanasiswa yang bertimbun, serta 4 assignment yang harus disiapkan segera.

oh ya, memandangkan tajuk blog ku situasi hati, tidak wajar aku menyembunyikan apakah gelodak yang berlaku dalam hati aku ini. hati aku? rindu pada mama papa, sudah pasti. tapi yang lebih memberatkan kepala aku memikirkan sabah yang tercinta, sudah semestinya adalah hati yang aku tinggalkan nun jauh di seberang sanaaa.......

kenapa? adakah aku telah menemui hati baru? aku sendiri tak tahu, tapi aku mengaku sesuatu berlaku kini. aku tak pasti bagaimana kedudukan dia di hati aku, dan aku tiada masa memikirkannya lebih mendalam...

aku hanya rasa ingin hidup untuk hari ini. biarlah aku gembira menjalani kehidupan aku di sini. dan sekaligus tidak menjejaskan prestasi aku sebagai siswi universiti yang punya 1001 perkara penting untuk dilunaskan.

owh, debat... oh ya, aku hanya bertanding dpnc as swing team. perasaan? haha, taklah terkejut sangat atas dasar-dasar tertentu. mungkin ada hikmahnya, lantaran niatku menyertai debat adalah menimba ilmu dan pengalaman, aku anggap ini pengalaman berharga.... walaupun kemenangan sudah pasti bukan matlamat pertandingan bagiku kali ini, tapi tak mengapa, kerana aku tahu rezeki ada di mana-mana. :)

kembali mengekspresikan rasa.

telah begitu lama tak update blog ni. bukan tak sudi, tapi kesempatan tak mendatangi. tiba-tiba hari ini, (oh, hari istimewa buat si dia!), pintu hati terbuka untuk menulis kembali.

ya, sepanjang aku berada di USM, aku seperti telah mengabaikan bidang penulisan kegemaranku. mungkin kerana itu, aku sangat tertekan pabila tak berkesempatan meluah rasa hati menerusi coretan kata. aku rindu sebenarnya, tapi... hmm, bukan masa jadi alasan. tapi peluang dan kesempatan. dan hari ini, kesepian di bilikku sendiri mengizinkan aku untuk mendekati apa yang ku rindu, menulis.

sepanjang aku di USM.. hmm, terlalu banyak yang berlaku. dan aku akui, aku belum lagi temui kebahagiaan di sini. aku sedang mencari, dan aku ke arah itu sekarang ini...

ada satu yang kini menjadi kebahagiaan ku ( kadang-kadang tertekan juga.. haha ). DEBAT. terus terang, aku tak terlintas pada mulanya untuk menyertai debat... dan aku pun masih dalam proses mengadaptasi diri dalam pasukan debat. aku belum tahu sejauh mana aku akan pergi melalui debat, tetapi, setakat ini, aku memang gembira setiap kali pulang dari latihan debat. mungkin aku masih mentah dan masih rendah diri yang amat dengan ahli-ahli senior yang lain, tapi aku gembira. :)cuma, ada satu kemusykilan yang aku alami. aku tak tahu di mana kedudukan aku as pasukan debat varsity. kami berlatih pada mulanya untuk persediaan DPNC, tetapi dua hari lalu aku nampak poster desasiswaku kini mencari peserta untuk mewakili TEKUN ke DPNC. erm, kalau ditanya pendapat aku, memanglah aku teringin menjadi ahli tetap Varsity, tetapi, layakkah aku? Mendapat Pendebat Terbaik semasa PRA-DPNC, mungkin hanya nasib? aku tak tahu. tapi, aku rasa kerugian andai peluang ini tak datang lagi... lagipun, pada pandagan aku, Kelab Debat ini adalah kelab yang 'bebas' dari kepentingan individu atau kelompok tertentu. aku rasa seronok dapat belajar, tanpa ditekan oleh paksaan yuran, perjumpaan dan lain-lain yang menyakitkan hati dan nurani. aku rasa lebih ikhlas ke latihan, dan gembira.

ya, debat satu-satunya yang buat aku gembira di USM.

Aku telah kembali mengekspresikan rasa rupanya.. hah..

RINDU.

aku rindu. DIA.
aku rindu. sahabatku.
aku rindu. kakakku.


mcm sayu ye hati aku masa makan dengan parents aku tadi. masa tengok kucing-kucing aku menggesel gesel kat kaki aku. masa aku tengok barang-barang yang dah mula dipacking.

aku sedih.
napa aku sedih?
sebab aku ... sedih. huhu....

janganlah sedih... aku belum nak pergi lagi. alah, dekat je tu. papa bila2 ble booking ticket murah balik kk... kan?

napa kah perasaanku berkecamuk ini????!!!!

sebab.

AKU SEDIH. :(

situasi.hati.

malam yang sepi..pi..pi..pi.. pak mat jual kopi....pi pi pi...

huhu.. malam memang sepi. aku pun sepi. :( melaui hari-hari yang membuat perasaanku bercampur baur... gembira, resah, gelisah, takut, huh.. macam-macam!

dalam masa beberapa hari lagi... semuanya bakal berubah.
terlalu banyak berubah.
aku harus bersedia.

mahu atau tidak.
tapi hatiku tetap sama.
kerna.. matlamatku kekal serupa!

tak akan ada apa yang bakal mengubahnya.

UPU RESULT...

I GOT ITTTTT!!!! :D

Syukurnya... aku dapat Pendidikan di USM. my first choice!
harap ini pilihan terbaik yang aku buat dalam hidup... amin...

Pulau Pinang! akan ku rentas dua lautan! yeeeaaaahhhh!

mcm tak percaya.

Menanti Sebuah Jawapan

apa yang dapat ku kata. resah, gelisah.. menanti sebuah jawapan....
Tepat jam 11 pagi esok, 19 Jun 2009... sebuah jawapan yang bakal menentukan masa depanku, dan insan-insan tersayang disekelilingku...

UPU.
aku menanti jawapan darimu.
aku terima takdir tuhan untukku.

OOOOHHHHHHH!!!!! NEEEERRRRVVVVOOOOUUUUSSSSS!!!!!!

USM.. Kontroversi gila...

tak sangka betul... di sebalik aku bingung nak memilih samada nak menerima atau menolak tawaran USM, rupanya ribuan pemohon USM tertipu dek kesilapan teknikal USM. punyalah...
aku tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat mereka...
aku terjumpa forum yang penuh caci maki dorang pada USM. memang sadis lah.. well, sememangnya satu kesilapan yang terlalu menyakitkan, apatah lagi ni kali pertama USM dapat peluang pilih student sendiri..
dan tiba-tiba aku rasa macam aku ni tak bersyukur pula... sebab menolak tawaran USM...
tapi, serius, aku tak tahu masalah ni melanda, sampailah aku baca suratkhabar tadi. mama terkejut gila dan tanya samada tawaran yang aku dapat sah / tidak. aku jawablah sah, sebab aku mmg dapat msg dari USM. and aku cek pada tawaran tu pada 30hb, dah sahkan pada 31hb.
apapun, aku pun dah penat nak bercakap ttg USM ni lagi.
doakan je aku dapat tawaran yang lebih baik through UPU. insya-allah.

tawaran USM...

29 mei lalu, aku dapat mesej dari USM, menandakan aku telah menerima tawaran belajar di USM. aku terkedu jugak... kena jawab sama ada aku terima atau menolak bfor jam 5 ptg 31 mei. punyalah cepat kena buat keputusan! malam tu, aku terus bukak laman web USM, tapi, malangnya, tak ada apa-apa informasi yang aku boleh dapat.... makinlah bingung aku nak decide. anyway, aku, seperti beribu-ribu pemohon lain, turut bingung, tertanya-tanya sama ada peluang untuk mendapat tawaran belajar dari UPU sekiranya aku menerima tawaran USM ni.
setelah mendapat nasihat dari insan2 sekeliling, aku pun menghubungi Pn Yamisah. dia ni, kakitangan bahagian pengambilan pelajar USM. Aku dapat kad dia masa pergi pameran pendidikan dulu. syukurlah, Puan Yamisah explain elok-elok dengan aku. kata dia, kalau aku menolak tawaran USM bagi kursus ni, aku masih ada peluang dapat tawaran kursus lain di bawah UPU, termasuklah program ijazah pendidikan di USM. lagipun, calon program pendidikan semua universiti (termasuk USM) tertakluk dibawah UPU... maknanya juga, nama aku masih akan dinilai oleh UPU sekiranya aku menolak USM. takdenya istilah black-list nama kalau tolak USM... semua tu khabar angin katanya....
Sebaliknya, kalau aku terima tawaran USM, automatik nama aku takde dalam UPU. so, memang takkan ada dua tawaran lah... jadi, dia mmg mengalu-alukan kalau aku terima je tawaran USM ni. yelah, dah terjamin ada tempat... pulak tu, dapat prepare awal2... terus terang, memang aku keliru. yelah, takut yang dalam tangan terlepas, yang dikejar tak dapat..
at last, aku decide untuk tolak tawaran tu.
memang tindakan yang sangat berisiko. jadi, lepas ni, aku terima je lah keputusan UPU sama ada aku dapat tak first choice aku, pendidikan di USM. insya-allah. ada rezeki, adalah. aku ikhtiar je lah. aku percaya ada hikmahnya keputusan aku ni...
memang keputusan yang bukan mudah. tapi aku bersedia terima takdir tuhan.

Pengalaman Kali Pertama Temuduga..

Pengalaman Temuduga Kali pertama

Fuh. Lega, lega, lega! Seronok sangat rasa, temuduga dah berakhir. Alhamdulillah, aku dapat berdepan penemuduga dengan tenang… ( tenang ke?)

Haha.. sebenarnya, aku rasa aku terlalu banyak mengeluarkan pendapat aku sampai aku tak susun fakta dengan baik sangat. Terlalu banyak idea pun masalah jugak kan? Aku pulak jenis yang cover perasaan gemuruh dengan cara senyum dan bercakap… :D
Hmm, mula-mula masuk, aku sempat baca bismillah depan pintu. Kakak yang tolong daftar tu senyum je tengok aku…Nasib senyuman dia manis.. Bila masuk, tak sempat cakap apa-apa, dia dah suruh duduk. Dengan tersenyum sumbing, aku memperkenalkan diri...

“ Nama saya,Anis Audina Bte As’ad Azam. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu Sabah. Saya.. merupakan Lepasan STPM 2008 dari Maktab Sabah..”
Lepas tu aku terdiam, aku tak tahu nak terus bercakap atau tidak, sebab penemuduga tu macam dah tak sabar-sabar nak Tanya aku soalan.. jadi, aku pun memilih untuk diam.  Dengan penuh rasa tidak sabar, ketua penemuduga pun menyoal aku.. yang ni pun senyuman manis juga. Lega sikit rasa hati…

“ Apa yang program yang kamu mohon?” aku pun, dengan yakin dan berkobar-kobar menyebut dengan lancar nama kedua-dua program pilihan aku. Memang aku hafal.. aku ambik masa berbulan-bulan nak pilih kursus, mestilah aku tahu apa yang aku mohon! Lepas tu dia Tanya kenapa aku pilih subjek sejarah…” kamu tahu ke, subjek sejarah ni paling ramai orang tak minat? Kenapa kamu pilih bidang ni?”

Wah… inilah soalan yang ku tunggu-tunggu…

“ Saya pilih subjek sejarah kerana saya rasa subjek ni menarik. Subjek ni mampu merangsang perasaan inkuiri pelajar terhadap apa yang berlaku pada masa lampau, dan menyediakan diri untuk masa hadapan. Skop pembelajaran sejarah luas. Kita boleh mengenal Galileo Galille (sebenarnya aku tak tahu aku sebut betul ke tak.. haha) , tokoh sains, melalui sejarah. Kita boleh mengenal Ibnu Sina, tokoh perubatan, juga menerusi ilmu sejarah. .. Saya akui, ramai pelajar kurang berminat dengan subjek ini. Tapi, saya percaya dengan kaedah pengajaran yang betul, subjek ini akan jadi lebih menarik. Saya percaya subjek sejarah bukan setakat hafalan untuk peperiksaan…saya.. teruja nak mengajar sejarah. Sangat teruja, nak buktikan pandangan ramai orang terhadap sejrah adalah salah. “

“ tapi, kamu rasa relevan ke pelajar kena belajar tentang masa lalu?” wah, dia nak menguji aku nampaknya… takpe. Aku suka.. haha.

“ Sejarah bukan subjek yang menuntut pelajar kena tahu tentang masa lalu semata-mata. Tapi seperti saya katakan tadi, menyediakan diri untuk masa hadapan. Seperti kita tahu, sekarang ni, pelbagai masalah timbul akibat kelahiran generasi buta sejarah. Sekiranya mereka menghayati sejarah, takkan ada masalah perkauman dan sebagainya. Kalau mereka mendalami ilmu sejarah, mereka akan sedar peranan tokoh setiap kaum dalam pembangunan Negara.takkan berlaku salah faham dan tuduh menuduh, kan? “

Ehe. Masa ni aku rasa aku dah mula bersemangat sangat. Terus aku teringat kata kakak aku, jangan Nampak sombong sangat… aku pun tak jadi nak cakap pasal membina Negara bangsa.. 1 malaysia… hahaha… Nampak over sangat tue.. takkan aku nak bercakap tak henti-henti kan. Hehe… aku pun terfikir, konsep temuduga ialah dua hala.. 
“Baiklah.oh ya, kamu ambil STPM kan? Kamu bukan calon matrikulasi, diploma? Kenapa kamu ambil STPM? Kenapa tak pergi matrikulasi?” aku terdiam sejenak. Kenapa pulak dia Tanya soalan ni. Takkan nak jawab macam masa aku interview paper dulu… mana boleh jawab sebab aku nak peguam. Cari nahas!

“ Saya memang sedari awal merancang nak ambil STPM dan tak berniat ke matrikulasi. Walaupun saya pelajar aliran sains semasa tingkatan 4 dan 5, tapi, saya lebih cenderung dalam bidang sastera. Jadi saya rasa lebih sesuai saya ambik STPM sebab saya nak samabung dalam aliran sastera sejarah.”

“ Tapi,.. ada belajar sejarah ke STPM?”

Aik, apa dia cakap ni. Subjek sejarah lah paling popular di kalangan pelajar aliran sastera STPM…. Dia tak tahu ke?

“ Ada, ada subjek sejarah. “ ringkas je jawapan aku. Tengok sendirilah lah kat sijil. Hehe. Lepas tu, penemuduga yang perempuan mula memandangku. Oh, giliran dia pulak nak Tanya soalan kot..

“ Boleh saya Tanya, kamu berasal dari mana?”

Dah agak dah… confius lah tu sebab loghat aku semenanjung. Biasalah…:P macam biasa, aku bagitau lah dari mana mak bapak aku dan mereka menetap di sabah sebab bertugas sebagai pendidik. Terus teruja dia bila aku bagitau aku anak cikgu. “Oh, jadi kamu nak ikut jejak langkah ibubapa lah ni? Kamu berapa adik beradik? ada tak…”
“ Tak. Takde.” Eh, aku terpotong soalan dia lah. “maksud puan, takda yang jadi cikgu ke?” cuba cover..dia mengangguk.

“ Tak ada. Saya anak keempat dan bongsu. Sebenarnya, ibubapa saya tidak pernah memaksa saya dan adik beradik lain mengikut jejak langkah mereka. Tapi, saya memang berminat sangat nak jadi guru. Sebab tu saya letak guru sebagai pilihan pertama dalam permohonan”.

Berlagak betul aku rasa. Eyy, meluat dengan diri sendiri. Lepas ni, aku kena lebih berhati-hati. Jangan berlagak!

“baiklah, kamu kata tadi, nak jadikan subjek ni menarik… saya bagi kamu satu situasi. Kelas kamu, jam 2 petang. Pelajar mengantuk, kenyang. Macam mana kamu nak menarik perhatian pelajar kamu? Yelah, lebih-lebih lagi lelaki.. memang tak minat membaca kan..”

“ pada pandangan saya… berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai pelajar…yelah, memang tak sesuai nak baca buku atau nak guna kaedah guru menulis di papan hitam sebagainya… saya akan cuba guna lebih banyak visual. Sebab subjek sejarah ni lebih menarik kalau ada visual. Yelah, kalau kita baca buku tentang peristiwa sejarah memang bosan.. tapi kalau kita tengok filem sejarah, dengan visual, kita lebih tertarik kan? Lagi satu, kalau saya dah tau saya ada kelas petang, saya boleh bagitau pelajar, petang tu, saya nak mereka jadi pelakon. Mereka kena lakonkan watak tokoh sejarah. Ada yang jadi Tunku Abdul rahman, ada yang jadi Lee Kuan Yew, (huhu?), jadi mereka lebih memahami dan mendalami perasaan tokoh sejarah tu. Saya rasa, dengan kaedah ni, yang malas memabaca pun akan teruja… yea, petang ni kita berlakon dalam kelas…(dengan nada cute.. yai!)”

Waktu ni, aku rasa macam selesa je nak bercakap.. dan memandangkan tengahari tadi aku tertengok cerita pasal Sejarah Singapura, aku terfikir nama Lee Kuan Yew lah pulak.. . lantaklah.. tapi aku tertanya jugak, boleh ke guna cara macam tu ye? Tapi rasa best pula kalau cikgu aku buat macam tu.. hihihi… tapi muka penemuduga tu macam gembira je dengar jawapan aku. Mengangguk-angguk…. Ketawa senyum-senyum.. ntahlah ketawa sinis atau suka. Aku pun senyum sekali lah.. :D

“ baiklah, boleh saya Tanya soalan dalam bahasa inggeris? Sebagai pelajar, kamu kena kuasai bahasa lain jugak kan?”

“ Err.. I cant speak English fluently, but I will try..”
“ oh.. don’t be so humble… u can do it.. ok? Hmm, my question is.. There are so many candidates out there. Everyone has potential. So, what makes u so special and better than other candidates?”

Aha! Kakju dah ajar cara nak jawab soalan ni. Tapi,.. kena jawab dlm bi. Takpelah. Belasah je.. “Actually, I don’t think I’m better than other candidates, but, I believes, I’m unique. “ then dia Tanya apa yang unik tentang aku. Dia minta dua faktor… argh, tension betul… dengan grammar tunggang terbalik, tapi still mencuba yang terbaik, aku bagitau yang pertama, aku rasa aku ada kreativiti yang aku rasa tak banyak guru sejarah ada. Dan kreativiti ni yang akan jadikan aku guru sejarah yang menarik perhatian pelajar. Dah tentu aku jawab dalam bi lah… tapi, dengan grammar yang tak betul sangat jadi malas lah nak taip… pastu, yang kedua… dengan nada suara yang merendah diri (ceh!).. .. dan apabila mereka terus mendesak aku menjawab.. aku pun ‘tercakaplah’ …” I think… Im cute…eheh…” dan penemuduga tu senyum senyum dan menyahut, “ its ok. Yes, u’re cute actually.” Haha… lalu menambah lah, aku rasa dengan faktor ‘cute’ tu akan mendekatkan pelajar dengan aku, mereka takkan rasa takut.. yelah, kebanyakkan pelajar takut dengan cikgu yang wajah ‘firm’ dan.. aku tak tahu macam mana nak explain lalu dia bagi satu perkataan untuk tolong aku, (yang aku sebenarnya tak dengar sangat apa dia kata tapi aku iya saja), hehe… kononnya lagi, pelajar akan rasa lebih selesa dengan aku.. entah apa-apa lah… ahaha…
Dan, lepas tu mereka saling berpandangan, senyum-senyum, mengangguk… dan cakap sesama sendiri… cakap okey-okey banyak kali… dan bagitau temuduga tu dah selesai. Lepas tu, dia suruh aku ke depan untuk ambil ujian buta warna. And…. DONE! Dalam kepanikan itu aku pergi salam penemuduga perempuan pulak dah… pastu tunduk hormat dengan penemuduga lelaki. Pastu baru aku terfikir, bukan sepatutnya jangan salam ke? Lantaklah… dan aku terbagi terima kasih sambil membelakangkan mereka. Huhu… dan kurang markah kesopanan tau! Ahha..

Klah. LEGA. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tiada, berserah saja pada tuhan.  Kesimpulannya, aku teruja sangat dengan temuduga pertama dalamm hidup aku! (ye ke yang pertama.. ujibakat Af tu temuduga ke? Ehhe)