Sindrom Lasykar Pelangi

Lasykar Pelangi… yeah, ejaannya sering sahaja teringgal satu ‘y’ di tengah-tengah. Dr. Shahabuddin sesungguhnya telah menyebarkan virus Lasykar Pelangi kepada pelajar PGA 101 semester ini. Ya, harap maklum… Dr Shahabuddin bukanlah professor bidang sastera atau bahasa. PGA 101 adalah subjek paling asas bagi pelajar kursus pendidikan. Dan kewajipan menonton filem Lasykar Pelangi adalah kerana kami sudah sedia maklum bahawa salah satu soalan peperiksaan paper ini akan menyentuh mengenai perwatakan dalam filem ini.

 Aku salah seorang yang terjebak dalam sindrom kegilaan terhadap kisah tulus coretan hati seorang anak Belitong, Indonesia.. Andrea Hirata.  Oleh sebab aku dituntut mendekati filem ini dari sudut temanya yang berkisar soal pendidikan, maka isu pendidikan lebih dominan dalam pemerhatianku dan pembacaanku. Saat aku menonton filem ini buat kali pertama di dalam dewan kuliah, aku bertepuk mendengar dialog Bu Mus,
“ Aku hidup bukan untuk jadi isteri orang besar, aku hidup hanya untuk jadi guru.”

Terkesima. Ya, filem ini menyedarkan aku bahawa di sudut hati aku ada jiwa yang amat kuat untuk bergelar pendidik. Aku memang mahu jadi guru. Aku cuba menipu dengan kebencianku terhadap silibus sejarah sekolah yang penuh kepincangan, tetapi hakikatnya aku sangat ingin bergelar guru dan disayangi oleh para pelajarku. Melihat pengorbanan ibu bapaku, Bu Mus, aku tahu bukan mudah perjuangan ini. Ah, aku saja masih mentah sebagai pelajar tahun pertama pengajian pendidikan. Tapi aku mahu! Gilalah aku.

Aku sudah membaca novel kedua Andrea Hirata, Sang Pemimpi. Lebih mudah memahaminya kerana ayatnya tidak terlalu terperinci dan tidak penuh penerangan biologi tentang pokok-pokok.. ahaha…. :P

Tugasan sejarah

Mulanya kemurungan melanda. Otak mendera. Stress mengila… tapi menjelang senja, terasa lega.
Baru terasa kembali aura semangat sebagai pelajar major sejarah. Baru terasa kembali semangat menggila yang pernah wujud saat hari pertama mendaftar sebagai pelajar USM. Baru terasa kembali apakah tujuan ku ke USM ini, ya, untuk jadi guru sejarah!



Dua assignment sejarah dalam satu malam adalah kerja gila yang tak akan ku ulangi lagi. Perit dan deritanya sangat berat, sangat tenat. B+ dan A- mampu jadi lebih baik sekiranya aku membuatnya lebih awal… Pengajaran yang ku dapat sangat berharga. Banyak mana pun rujukan yang ku ada, paling penting adalah menghuraikan idea secara analisis dengan teratur dan harmonis. Format adalah perkara penting yang sangat rugi jika diabaikan.. apatah lagi membaca komen Prof Mahani yang cukup jelas ‘mencalar’ hati ku sendiri kerana inilah kali pertama markah tugasanku terjejas kerana format! Sedangkan sebelum ini aku sangat teliti soal format, tapi inilah hasilnya akibat mata yang tenat menghadap laptop sepanjang malam… Tuhan, aku menyesal!

Apapun, sebenarnya aku sangat bersyukur kerana sejak menghantar tugasan itu, tak ada yang ku harapkan melainkan lulus saja… aku langsung tak yakin kerana tugasan tersebut aku buat di saat akhir…
Bak kata Andrea Hirata dalam setiap novel tulisannya.. ( yang aku akan tiru di tulisan blog murahan ku ini…“ Pengajaran moral pertama… Jangan buat 2 tugasan sejarah yang berat dalam satu malam, atau anda akan gila sepanjang pengajian di universiti!” 

Aku mencari diri

minggu ulangkaji terasa sepi. sana sini sunyi. turun cafe melihat makcik pakcik yang menanti pelanggan dengan bosan. turun bilik tv juga sepi.

di manakah kesesakan? LIBRARY.

inilah dunia universiti. semua sibuk mengejar matlamat utama hanya di saat kemuncakya. kini, minggu yang digelar minggu ulangkaji adalah masa untuk balik kampung!

ya allah, lupa!
aku kena post surat wakil pada kakju!
DUUUIIIITTTT!!! :D
alhamdulillah.

Alam dunia

Alam dunia...
Berubah setiap hari.
Dia yang pernah kau cinta.
Kini semakin menjauh dari alam dunia mu. 

Keliru.
Disesak oleh keperluan mencari destinasi.
dalam blok M06 yang sesak ini.
aku sendiri menghitung kebodohan diri.

tidurku tak pernah lena lagi.
Mencari ketetapan yang abadi.
hargh!

Bergelar pelajar pendidikan...


Bergelar pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, memang berbeza perasaannya berbanding menjadi pelajar kursus lain. Corak pemikiran, stail pembelajaran, malah gaya pakaian dan personaliti juga cukup untuk membezakan pelajar pendidikan atau bukan pendidikan di USM ini...

Secara jujurnya, kadangkala berlaku konflik dalaman pada diri aku sendiri dalam soal menyesuaikan diri sebagai pelajar pendidikan.. tak seperti pelajar Pendidikan Khas yang sepenuh masa berada di PPIP, aku pula lebih banyak berada si school Ilmu Kemanusiaan.... Dan, sebab tu juga, aku jarang nak berpakaian formal atau membawa imej 'cikgu' tiapkali aku takde kelas kat PPIP.tapi, itu taklah bermakna aku tak jaga langsung soal penampilan diri ni... dilahirkan sebagai anak cikgu, mak aku cukup dah mendidik aku supaya berpakaian sesuai dgn suasana sentiasa.... cuma aku malaslah nak pakai baju kurung tiap hari... ehe.( malas gosok baju sebenarnya..)

oklah, berbalik pada topik, aku sebenarnya selalu dapat respon yang sama setiap kali memperkenalkan diri sebagai pelajar kursus pendidikan... respon apa? respon terkejut lah... aku pun tak pasti kenapa orang terkejut.. ada yang risau sebab saiz aku kecik, ada jugak yang terkejut sebab kata aku tak macam budak pendidikan..

apa maksudnya ek? aku tak skema? 

hmm, tak taulah... mungkin sebab semester ni aku lebih kerap makan dengan budak masscom dari budak pendidikan sendiri. malah aku ambil beberapa paper yang sebenarnya tak ramai budak pendidikan batch aku ambil semester ni....

Tapi, jika ditanya, " kau betul ke nak jadi cikgu?"

dalam hati, aku selalu jawab, 
"Aku nak jadi pendidik. Sekadar jadi guru menurut pada silibus pendidikan kementerian, belum tentu aku mampu 'mendidik' pelajar dengan sepenuhnya. ". 

bagitulah hidup.realitinya hidup terpasah mengalah dengan keadaan.