aku risau...

tanah runtuh di jalan shantung, luyang... aku risau. sebab ujan setiap hari, siling rumah aku tiap hari makin nazak keadaannya. siling tempat parking makin runtuh. nasib baik papa dah tukar port parking kereta. setiap hari aku bayangkan kalaulah runtuh semua abislah aku... 

apapun, dalam semangat nak pindah rumah, sedih juga.Ini lah rumah tempat aku membesar. usia rumah ni lebih tua dari aku. di sinilah aku menghadapi kehidupan. menjadi kanak-kanak berani yang kuar rumah tengah malam hanya untuk cari kucing aku... pernah satu saat ramai jiran melayu dan suasana meriah sengat waktu tu. tapi kini, keadaan dah berubah. 

yang ada di kawasan Taman Makmur ini, hanyalah warga asing. aku, dan 3-4 rumah lain sahaja yg merupakan warganegara sah agaknya. Selepas kes kecurian motor tempohari, aku risaukan papa mama. jujurnya, ramai tak sangka kami masih menetap dekat sini. tapi rumah ni begitu berharga. mama dah tanam banyak sangat pokok buah-buahan... mangga, rambutan, jambu.. semua adalah! dah secara tidak langsung juga,rumah ni adalah tanak perkuburan kucing... tak terkira dah berapa puluh kucing papa tanam tiap kali kucing kami mati... 

hakikatnya, walaupun secara fizikal rumah kami tak seindah banglo mewah mawi, tapi aku bahagia di sini. paling seronok, aku ada rumah yg paling strategik dari kawan2 yg aku kenal. Mana lagi nak dapat rumah area luyang yang berada di tengah antara airport, bandar kk, dan paling penting, sebelah hospital! haha. supermarket, saloon, pizza hut, kedai mamak, malah yoyo cafe pun ada! :D

ujan kian lebat. dan aku, sendiri. :)


Semester yang mencabar harus dilalui dengan sabar.

alhamdulillah. keputusan semester lalu keluar akhirnya. ada peningkatan, maka aku gembira. cuma sedikit makan hati kerana kepayahan mendapat dekan. 3.43... nyaris2, tp bukan rezeki. gigit jari sajalah melihat rakan-rakan Pendidikan Khas dapat keputusan yang cemerlang... rakan-rakan sama kursus? tak tahu..0.0. heh.takde yang sudi bagitahu?

tak mengapalah. kerana yang penting, keputusan paper-paper sejarah agak baik..( walaupun bukan A, tapi B+). tapi mengenangkan betapa cintanya aku pada sejarah, aku takkan mengalah! :) baru tadi syukri mesej aku maklumkan aku dia dapat 3.29. kemudian, kami berbincang sedikit tentang perancangan semester hadapan. aku bercadang nak ambil paper bersama dia, sebab dia tak kedekut ilmu orangnya. aku pun yakin kami rakan study yang baik sebab aku suka berkongsi pendapat dengan dia.

tentang subjek pendidikan, masih bingung nak ambil paper apa semester hadapan. dahlah kecewa tak dapat skor A PGA101.. seriously, kecewa. B+ memang menggalakkan, tapi untuk paper asas pendidikan, rasa kenapalah tak mampu dapat lebih baik? gila Lasykar Pelangi pun masih tak skor.. wawa..

Walaubagaimanapun, aku sangat berterima kasih pada rakan-rakan sekumpulan SHE101 dan PGT203, kerana kedua-dua paper ni aku dapat A. tanpa ahli kumpulan yang memberi kerjasama, tentu pointer aku tak sebaik yang aku dapat kali ini.


Pengajaran hari ini, berusaha dan berusaha lagi. tuhan yang menentukan. Banyak lagi skill belajar yang aku harus terokai demi survive di alam universiti. Berbicara soal 'survive', aku yakin semester hadapan pasti lebih mencabar. dan aku mengharap ada seseorang yang sentiasa disisi, memberi aku semangat menghadapi dugaan-dugaan mendatang.

lebih besar dugaan, semakin aku memerlukannya.. siapa dia? aku lebih tahu.

Legenda Budak Setan


Saat ini, promo filem Lagenda Budak Setan hari-hari ditayangkan di televisyen. Lagu latar 'Bila Cinta' begitu menyayat hati. apapun, aku terpaksa mengaku bahawa sedikit kecewa dengan pengarahan filem ini.apapun, begitulah dunia filem... sarat dengan kehendak memenuhi tarikan komersial tetapi mengabaikan nilai-nilai indah yang membuatku pernah jatuh cinta dengan novel ini.

Lagenda budak setan. Novel Ahadiat Akashah yang ku baca ketika usia 11 tahun.ya, 11 tahun. inilah novel tebal pertama yang aku baca. apa yang ingin aku coretkan, bukanlah berkenaan kisah cinta yang dipaparkan dalam novel ini, tapi impak novel ini terhadap hidup aku.

ahadiat akashah pernah menjadi penulis kegemaranku di usia awal remaja. ya, usia mentah yang memang cenderung pada kegilaan novel yg ku anggap pada masa itu sesuai dengan tahap mindaku. dalam usia 12 tahun, aku mula menulis cerpen dan mengedarnya kepada rakan-rakan sekolah untuk dibaca. temanya klise, cinta remaja. tajuknya juga sudah ku lupa. hasrat utk menyimpannya karya pertamaku juga punah kerana ia telah dimakan anai-anai. adakala, rakan-rakan lama mengusik mengenai karya lamaku itu. ketawa sendiri mengingatkan betapa mentahnya aku masa itu, usia 12 tahun tapi menulis cerita ttg kelompok akhir remaja. haha.tapi tak mengapalah, aku sekadar mencuba. dan ahadiat, pembuka hasratku untuk menulis. :)


tapi, aku mengaku, selepas berakhir zaman penerbitan novel naskah ahadiat, aku tak lagi membaca novel. Ribuan novel Alaf 21 yang menjadi pujaan ramai remaja seusia langsung tidak menarik minatku. selama beberapa tahun, mungkin dalam 5-6 tahun aku tidak berminat membaca novel. aku mula muak dengan tema cinta remaja, ku rasa minda ku tak dapat menerimanya. mungkin kerana usia sudah mula menginjak, perlahan-lahan bacaanku tertumpu pada biografi, karya sejarah dan seumpamanya. sebenarnya sejak kecil aku memang gemar kisah anbia, kerana papa mama memang gemar menghadiahkan aku buku-buku cerita sedemikian. ( teringat memori menyertai pertandingan bercerita.. hehe).

dan kini, setelah begitu lama mencari novel yang mampu menarik minat, Laskar Pelangi adalah jawapannya. ku teruskan dengan mengikuti tetrologinya. tidak dinafikan, aku sangat berhati-hati memilih bacaan novel. aku akan pastikan ulasan terhadapnya terlebih dahulu. aku mudah terpengaruh? mungkin, tapi aku jadi begini kerana serik membaca novel separuh jalan kerana hilang minat terhadap jalan cerita yang sudah ku jangka pengakhirannya.

aku mengaku, aku bukan pengkritik sastera yg baik jika aku tidak menghayati novel keseluruhannya. dan mungkin aku juga tercari-cari rakan yang dapat memberi cadangan novel yang selaras kehendak dan minatku. aku ada ramai kawan yang gila novel, malangnya jarang sekali aku temui yang mempunyai minat yang sama denganku. 

p/s : watak kasyah, pernah menjadi ikon lelaki idaman aku. kasyah pada aku adalah lelaki nakal, selekeh sedikit, tetapi menarik.. :) sayangnya watak kasyah oleh farid kamil yg berimej bersubang jauh sekali dr fantasi kasyah idamanku! huhu. :(