Sindrom Lasykar Pelangi

Lasykar Pelangi… yeah, ejaannya sering sahaja teringgal satu ‘y’ di tengah-tengah. Dr. Shahabuddin sesungguhnya telah menyebarkan virus Lasykar Pelangi kepada pelajar PGA 101 semester ini. Ya, harap maklum… Dr Shahabuddin bukanlah professor bidang sastera atau bahasa. PGA 101 adalah subjek paling asas bagi pelajar kursus pendidikan. Dan kewajipan menonton filem Lasykar Pelangi adalah kerana kami sudah sedia maklum bahawa salah satu soalan peperiksaan paper ini akan menyentuh mengenai perwatakan dalam filem ini.

 Aku salah seorang yang terjebak dalam sindrom kegilaan terhadap kisah tulus coretan hati seorang anak Belitong, Indonesia.. Andrea Hirata.  Oleh sebab aku dituntut mendekati filem ini dari sudut temanya yang berkisar soal pendidikan, maka isu pendidikan lebih dominan dalam pemerhatianku dan pembacaanku. Saat aku menonton filem ini buat kali pertama di dalam dewan kuliah, aku bertepuk mendengar dialog Bu Mus,
“ Aku hidup bukan untuk jadi isteri orang besar, aku hidup hanya untuk jadi guru.”

Terkesima. Ya, filem ini menyedarkan aku bahawa di sudut hati aku ada jiwa yang amat kuat untuk bergelar pendidik. Aku memang mahu jadi guru. Aku cuba menipu dengan kebencianku terhadap silibus sejarah sekolah yang penuh kepincangan, tetapi hakikatnya aku sangat ingin bergelar guru dan disayangi oleh para pelajarku. Melihat pengorbanan ibu bapaku, Bu Mus, aku tahu bukan mudah perjuangan ini. Ah, aku saja masih mentah sebagai pelajar tahun pertama pengajian pendidikan. Tapi aku mahu! Gilalah aku.

Aku sudah membaca novel kedua Andrea Hirata, Sang Pemimpi. Lebih mudah memahaminya kerana ayatnya tidak terlalu terperinci dan tidak penuh penerangan biologi tentang pokok-pokok.. ahaha…. :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan